Momy Monster
Salam : Bibir itu yang mampu mengubah segalanya
Wednesday, 8 May 2013 | 02:26 | 0comments

salam

Cantik sekali wajahnya. Subhanallah. Indahnya. Kemas sekali sepersalinannya. Namun, wajahnya yang cantik sama sekali tidak menjadikan orang sekelilingnya teruja untuk melihatnya berkali-kali. Kenapa?
Hairan sekali, kerana orang-orang itu sekadar memandang dengan sekali pandang. Walhal, wajahnya sempurna. Cantik!
Langkahan kakinya diteruskan. Namun, tiada juga sesiapa yang berani menegurnya. Ahh, pelik! Keseorangan nampaknya dia. Lantas, insan yang biasa-biasa sahaja berani untuk bertemunya. Insan itu, sangat biasa. Tiada apa istimewa pada dirinya. Namun, mengapa insan ini mampu menarik pandangan orang di sekelilingnya.
Hairan! Si cantik masih musykil. Ada sahaja yang mampu menegurnya, bersalaman dengannya. Kalau tidak pun, senyuman mesra. Apa bezanya si cantik dengan insan biasa ini?
Si cantik cuba membandingkan dirinya dengan insan biasa ini. Ahh, tiada beza. Rasanya, si cantik ini lagi hebat dari insan itu. Apa yang menyebabkan orang lain sangat ringan untuk menegurnya dan ianya terjadi hanya kepada kamu dan bukan saya?
Persoalan itu dilontar lagi kepada insan biasa ini. Insan biasa ini hanya tersenyum. Cuba untuk menjelaskan namun dengan cara yang berbeza. Ianya dengan cara membuatkan si cantik ini berfikir sendiri.
Dan akhirnya si cantik nampak sesuatu yang berbeza. Iaitu, apa yang membezakan mereka adalah SENYUMAN. Ya, itulah yang membezakan mereka. Si cantik itu menambah lagi, insan biasa itu memberi SALAM. Ya, itu satu lagi perbezaan mereka.
Si cantik tidak berpuas hati. Apakah dengan memberi salam dan senyum boleh menjadi magnet kepada semua orang? Sangat mustahil. Ahh, karut!!!! Insan biasa ini senyum lagi.
salam
Di perjalanan, mereka bertemu dengan insan lain. Sekali lagi, orang-orang itu menegur insan biasa itu. Lantas, insan biasa ini memberi ruang dan peluang untuk si cantik ini melakukan perkara yang sama iaitu memberi SALAM dan SENYUM. Janggal sekali rasanya! Ah, tapi apa salahnya cuba. Mana tahu, selepas ini si cantik lebih menjadi magnet terhadap orang lain berbanding insan biasa ini. Hehe, itu monolognya di dalam hati.

Lantas, dilakukannya walaupun keberatan. Wah, bagai ada kuasa. Lain sungguh terasa. Dan, hatinya terasa bahagia. Namun, itu sahaja ke? Sudahlah, mungkin insan biasa ini sengaja mempermainkannya. Baik tidak mengikuti apa yang diperkatakannya. Baik jadi diri sendiri. Ahh, sudahlah!!
Sekali lagi, mereka bertemu dengan insan yang sama ketika pulang. Dan insan yang menerima salam dan senyum di awal pagi tadi jelas berbeza. Diraikan si cantik ini dengan senyuman dan ramah sekali bahasanya. Apa yang berlaku? Si cantik tertanya. Memberi salam itukan bahasa syurga dan sudah pasti si cantik diraikan sebegitu rupa. Si cantik tak faham.
Ya, salam yang diberikan adalah doa. Doa itu positif pula.





Older Post | Newer Post
Welcome here



Assalamualaikum, nama empunya blog Izzati Nik Taufik. 18 tahun, pelajar Matrikulasi Negeri Sembilan. just want to say that, proud of being myself :) .

Le'Cbox

Credit's