Momy Monster
kenapa aurat wanita lebih banyak dari aurat lelaki?
Sunday, 10 November 2013 | 04:33 | 0comments

alt
Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka. 
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
krik, krik, krik, krik ~~~~
| 04:10 | 0comments
Assalamualaikum :)

daa lame rasenye dok tulis blog nih. hehe
lepah dpt twrn belaja kt matrik, terus dok updet blog kangg?
bukang nape, sibok cket, cuti matrik metameta jh. sbb tu laa tkdei mn nk updet blog.
kalu cuti pongg, bukei dok rilek, ado kijo situh, kijo sinih. egt sgt nk updet blog nye, tp gak tkdei.
egt ko blog nih tkdok doh mugo lamo doh tk bukok. hee ~~ 

ph male nih, sero nk bukok, nk tgk guano dh rupo blog lonih. tk egt doh guano blog nyo mugo lamo dh tk bukok. hehe 😁😁😁😁
holah, ph bukok tuh, mujo bulih lg. haha kalu tidok gak, paka gtu laa blog nih. sapa post hok arituh jelaa. nih ponn, post hok nih, pah tktau laa bilo pulok nk updet pulok nyo. huhu nih bulih updet nih sbbnyo cuti lamo. ph nk g pulok nih. cuti sem 3 mggu jh. huhu arituh balik, sibok, rayo lg, nk exam lg, tkdei laa ore kato. huhu

nih nk cerito pasal dok kt mtrik pulok nih. huhu dok matrik jaoh. huhu negeri semile nah nyo ata kito. bkp tau nyo tohok jauh gtumo. adulaa 😓😓😓😓😓😓 tp gak, nk wakk gano. hahaha redho jelaa. tp gak, sedeh jugok sekali sekalo egt dok jauh dr rumoh. payoh nk kelik 😭😭😭😭😭 tp gak, ore rama rama kato, ado hikmah laa tu dok? huhu yo nk sruh belaja berdikari bokalihh 👍👍👍👍👍👍👍👍 kalu tidok gakk, dok mn laa. yo nk sruh tahu etek, kalu dok luar, gano caro ore luar. ore qelate ng ore luar nih ado bnyk laa jugok bezo dio. kalu kito tk g gakk, tktau ore lua ganogano. dok qelate jh supo ng hok tau doh laa.haha


*pasal mtrik dok cito lg. haha dok mtrik tuu bulih laa. sedak laa jugok. mujo laa ado budok sekolah lamo dok situh jugok, hok bereh nyo, rama molek ore qelate dok mtrik tuh. haha rama budok panda situh, takot kito. dohlaa panda, rajing pulokk. aduh sedeh sedeh. 😭😭😭😭😭

ho,ph gtu laa deh. huhu malah doh crito pasal mtrik. hehe

ph kito pongg, nk ngundor diri doh laa. hehe. nih nk mitok tulong laa kalu ado ore baco post nie, tolong la doa ko Izzati Nik Taufik dapat result molek dale Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). hehe 

ok laa. sapa sinih jelaa dulu deh. nk g doh. byebye. nati kalu rajing nk nulih pulok bukok pulok blog nih. hehehe kalu ado maso etek. baiiiiiiiiii 👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋 


Assalamualaikum 😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘
Dimanakah Hati Kita Berlabuh
Wednesday, 8 May 2013 | 19:16 | 0comments


Allah telah menciptakan manusia dengan banyak kelebihan. Dia telah memberikan banyak fasiliti yang ada pada tubuh manusia. Dengan tangannya, manusia mampu membuat sesuatu yang menakjubkan. Dengan otaknya, kita mencetuskan teori-teori pengetahuan yang begitu luar biasa.
Namun, marilah kita mengamati salah satu dari kemampuan kita, iaitu kemampuan berfikir, melihat dan mendengar!
Allah SWT telah menyebut pendengaran dan penglihatan sebelum menyebut fikiran, kerana demikianlah proses berfikir manusia. Ya… melihat, mendengar lalu berfikir. Dan melihat, mendengar serta berfikir dalam ayat ini berkaitan dengan keadaan kita di hadapan Allah kelak.
Bagaimanakah reaksi kita tatkala melihat tanda-tanda kebesaran Allah yang amat banyak di sekitar kita? atau ketika kita mendengar ayat-ayatNya? Dan bagaimana sikap kita saat Allah melimpahruahkan harta kepada kita? Dan bagaimana sikap kita saat Dia “mempalitkan” sedikit  azabNya yang berwujud musibah?
Pepatah Inggeris  mengatakan, “Heart is King” (hati adalah raja). Kerana hati inilah yang menentukan segala perbuatan kita. Bila hati seseorang itu “berlabuh” kepada Allah, dia akan selalu beribadah, berzikir dan berdoa. Dia tidak pernah melupakanNya, nescaya dia menjadi hati yang lembut, baik dan redha.
Sebaliknya, hati yang selalu bermaksiat, lalai, meremehkan, bahkan berani menentang Allah atau enggan mendengarkan ayat-ayat suciNya, maka  hatinya adalah hati yang culas, jahat, yang selalu membuat  Penciptanya murka. Dan itulah, hati yang ‘’berlabuh’’ kepada rayuan syaitan pujaanya.
Kini, sudah saatnya kita muhasah diri, mengamati keadaan kita masing-masing.
Mungkinkah terlampau jauh dariNya? Dimanakah hati kita “berlabuh’’? Di “pelabuhan’’ Allah kah…? Atau di “pelabuhan” syaitan?
Andaikan hati kita telah lama membengkok, marilah kita luruskan kembali! Marilah kita memohon ampunanNya, redh-Nya dan belas kasihNya.
Akhir kata, tiada air mata yang lebih mulia kecuali tatkala menitis kerana menyesali segala dosa, tatkala kita bersimpuh, bertaubat atas “kebengkokan’’ hati kita selama ini.






Older Post
Welcome here



Assalamualaikum, nama empunya blog Izzati Nik Taufik. 18 tahun, pelajar Matrikulasi Negeri Sembilan. just want to say that, proud of being myself :) .

Le'Cbox

Credit's